Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors

Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors ("Sembilan Jam, Sembilan Orang, Sembilan Pintu"; 極限脱出 9時間9人9の扉,[1] lazimnya disingkatkan kepada 999) ialah sebuah permainan video pengembaraan serta novel visual yang dibangunkan oleh Chunsoft, dan permainan video pertama dalam siri Zero Escape yang mula-mua dilancarkan pada 10 Disember 2009 di Jepun melalui konsol Nintendo DS. Cerita permainan ini berkisar tentang seorang lelaki muda, Junpei yang diculik bersama-sama lapan orang lain lalu dipaksa bermain suatu permainan bernama Nonary Game, suatu permainan di mana mereka perlu mencari jalan keluar daripada sebuah kapal yang sedang karam dalam situasi yang mempertaruhkan nyawa mereka. Tatamain permainan ini terdiri daripada dua aspek utama, aspek teka-teki yang memerlukan pemain mencari jalan keluar dari suatu bilik, dan aspek novel visual yang membenarkan pemain membuat keputusan yang mempengaruhi plot permainan yang membawa kepada enam buah pengakhiran plot.

Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors

Mod Pemain tunggal
Platform Nintendo DS, iOS, PlayStation 4, PlayStation Vita, Microsoft Windows
Artis Kinu Nishimura
Pengarah Kotaro Uchikoshi
Siri Zero Escape
Penulis Kotaro Uchikoshi
Penerbit
Pelepasan
10 Disember 2009
  • Nintendo DS
    • JP: 10 Disember 2009
    • NA: 16 November 2010
    iOS
    • JP: 29 Mei 2013
    • WW: 17 Mac 2014
    Microsoft Windows
    • NA/EU: 24 Mac 2017
    • JP: 25 Mac 2017
    PlayStation 4
    • NA/EU: 24 Mac 2017
    • JP: 13 April 2017
    PlayStation Vita
    • NA: 24 Mac 2017
    • JP: 13 April 2017
    • EU: 15 Disember 2017
Pembangun Chunsoft
Komposer Shinji Hosoe
Genre Pengembaraan
Novel visual
Pengeluar Jiro Ishii